Kadar pertumbuhan penduduk manusia Pertumbuhan_penduduk

Kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam peratusan, dipetik dari CIA World Factbook (anggaran 2006).[2]

Kadar pertumbuhan penduduk manusia seluruh dunia terus menurun sejak memuncak pada tahun 1962 dan 1963 pada kadar 2.20% setahun. Pada tahun 2007, kadar pertumbuhan adalah 1.19% setahun. Seratus tahun yang lalu telah memperlihatkan pertumbuhan penduduk yang pesat disebabkan kemajuan perubatan dan pertambahan daya pengeluaran pertanian secara mendadak[3] hasil Revolusi Hijau.[4][5][6]

Pertumbuhan bilangan manusia tahunan sebenar jatuh dari kemuncak 87.8 juta pada tahun 1989, ke paras 74.6 juta pada tahun 2003, selepas itu naik ke paras 77.0 juta pada tahun 2009. Pertumbuhan penduduk masih tinggi terutamanya di Timur Tengah dan Afrika Sub-Sahara, begitu juga di Asia Selatan, Asia Tenggara, dan Amerika Latin.[7]

Sesetengah negara mengalami pemerosotan jumlah penduduk, terutamanya di Eropah Timur (disebabkan kadar kesuburan rendah dan penghijrahan). Di Selatan Afrika, pertumbuhan penduduk terbantut kerana banyaknya kematian akibat HIV. Sesetengah negara Eropah Barar turut mengalami penurunan jumlah penduduk.[8] Bilangan penduduk Jepun juga mula menurun pada tahun 2005.[9]

Rujukan

WikiPedia: Pertumbuhan_penduduk http://www.apheo.ca/index.php?pid=61 http://www.csmonitor.com/2007/0724/p01s01-wogi.htm... http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publis... http://base.google.com/base/a/1121639/D35938139741... http://www.census.gov/ipc/www/idb/worldpop.php http://www.census.gov/ipc/www/idb/worldpopinfo.php http://www.acunu.org/millennium/sof2006.html http://www.foodfirst.org/media/opeds/2000/4-greenr... http://www.gapminder.org/videos/what-stops-populat... http://www.populationpress.org/publication/index.h...